Thursday, February 26, 2009

biar benar ada homeroom pergi langkawi nie...


yang aku kenal fauziah nawi( dia pengawas paling garang pernah aku kenal), cikgu ???, syikin musa, junizam(jonet) rafik (mana dia?), pak bela, farah dan fariza. yang termasuk gambar ialah syazrina adn sorang lagi tak dikenali. gambar homeroom diorang berjalan pergi langkawi. homeroom aku pergi penang je..

Wednesday, February 25, 2009

geng-geng pdrm yang ada

ada macai (mahizal dahari), khairul...(lupa nama), adi dan lain-lain yang tak kenal.
ps: macai duduk hujung belah kiri sekali. pertahanan maktab paling kental dalam skuad LA Liga Maktab.

adi - lelaki misteri

adihasrulnizam. rasanya betul dah nama dieja. lepas spm memang terputus hubungan sungguh. terima kasih kepada internet yang kembali menemukan kami. adi sekarang dah kahwin dan ada anak perempuan yang comel. dulu kalau time periksa mesti dia duduk depan-depan sekali sebab nama dia mula dengan huruf A. aku rasa aku satu kelas tanjung sama adi dulu. ingat-ingat lupa.

mahadi - pegawas sekolah yang berdedikasi tinggi


mahadi dulu satu rumah aku merangkap ketua rumah. pegawas maktab. dia memang tinggi so kalau borak dengan dia mesti kena pandang atas sikit. sekarag dengar cerita kerja berkaitan dengan komputer dengan satu syarikat terkemuka dunia. dulu aku rasa mahadi suka melukis kartun. comel-comel lukisannya kalau tak silap aku.

ciput - mat duran duran maktab

nama dia shaiful lizan. roomate aku sama dengan mahadi dulu. dia memang minat betul sama duran duran dan siap lekat lirik lagu duran duran kat dinding. sekarang dengar cerita duduk kat melaka dan dah kahwin. dia kira kaki tangkap gambar sebab dia ada kamera besar gantung kat leher. boleh lihat hasil tangkapan dia kat fotopages tapi aku tak ingat link dia. nanti letak.

OP - macam mana dia dapat nama OP?


nama betul che wan sofiatul shima. kawan baik aku masa darjah 2 kat cameron highland. op hari tu kerja kat majalah artis. kalau tak kerana op dengar cerita tak naik band2 indie kat malaysia. sekarang dengar cerita tengah berjinak2 dalam dunia kepengarahan dan dah bikin satu short movie yang bertajuk my alien girlfriends dimana pelakonnya ialah adiknya sendiri sama kawan aku pipiyapong. op ada blog namanya http://www.kulat2.blogspot.com/.
(gambar sedang bermain dengan anak sedara)


ps : alien ni muncul kat tandas. kalau yusof haslam tengok mesti dia ambik jadi pengarah.

sheikh - siapa tak kenal dia kodi...


ok. nama dia sheikh hazrin. yang aku tahu sheikh terer main ping pong. yang lain-lain aku tak ingat pasal sheikh. sesapa ada memori pasal dia boleh ingatkan.

Tuesday, February 24, 2009

team hoki wanita MRSM PDRM - cara diorang pakai tudung memang klasik

ok serius. sesapa ingat diorang boleh kasi tahu.

nad - dia lukis gambar matahari pelik sikit dulu-dulu

serius nad memang terer melukis. nad dulu aku syak masuk lewat sikit. mula-mula masuk dulu duduk kelas satu tanjung dan selalu juga dengar cerita yang dia terer melukis. tapi sekarang dengar cerita pakar bab-bab virus. nad dah kahwin dan dengar cerita duduk kat melaka.

ina - hang jangan penaya aku...

serius. dia orang nombor 2 terpenting dalam maktab. kalau hulu hara berlaku kat dorm perempuan dia laa penyelamat. penolong pegawas ok. azlina hari tu belajar kat usm penang. terbaru dengar cerita dah kahwin. tgk friendster dia macam dia minat tak patut sama peter pan. rock rasanya dia dulu-dulu tapi takleh nak tunjuk sangat pasal jadi pegawas sekolah.

guane demo? - bai

nor baizura ghani. betul tak nama tu bai? org kelate. sekarang kerja kat hospital usm, kubang kerian, kelate. homeroom budiman rasanya bai. bai glamer jadi glamer bila dia kena kelar dengan seorang pegawas dengan pisau lipat. memang gempak satu maktab dulu. dah kahwin dan anak satu sekarang.

hanina - kedah mai

homeroom budiman. nama dia sharifah hanina. kalau cakap dengan nina bunyi kedahnya memang sedap didengar. dulu kerja kat majalah aku rasa. dah kahwin. orangnya seni. masa kat maktab dia kira pengarah pentas/seni. sekarang tak tahu kat mana mengilang.

bowin - gadis berspek mata

nama betul azwin sani. dah kahwin. anak satu. kerja dengan gomen. dulu kat maktab pakai spek mata 4 segi (aku rasa laa) homeroom budiman. memori aku dengan bowin tak banyak sangat. pasal entah.

jack - pakar pecut maktab

ok nama dia yang betul ialah mohd zabri adil. sekarang kerja dengan komputer. hari tu jack glamer tak patut pasal masuk satu kes mahkamah yang glamer. kat sekolah dia merupakan seorang olahragawan dan parawagan GQ yang terkenal. dia memang love muzik so much sehingga ada satu band yang bernama THE SLANDEK. ok, ini satu lirik lagu yang aku ingat yang bernama " bapak kau bukan bapak aku"
" bapak kau tertonggeng didalam jambanku,
mengelabi, terkujet dan berbau,
bapak kau bukan bapak aku,
bapakku, bapakku jua! "
ps: amacam? setan tak lagu?

erisna - taman ERISNA utama, dungun, ganu kita

erisna nama betul dia aku tak ingat. tapi sekarang dia kerja kat Hotel Uitm Dungun, Terengganu. Sesapa yang nak buat kursus kat sana boleh hello sama dia. anak dah dua sekarang dan confrim sah jadi orang ganu kita.

DAYAT - sumpah! dia memang jadi POLIS


nama glam dayat. nama penuh irwan hidayat. seorang yang serius dan setia.minat sama band metal dan terer main gitar. gua balas nak cerita panjang-panjang pasal dia pasal jelingan dia buat gua gelabah.

gap - king of menari silang-silang tangan


gap merupakan salah seorang anggota balakong bastard yang ditubuhkan sekitar tahun 1999. seperti rakan cerdik yang lain gap pun tak dapat fly ke luar negara akibat krisis kewangan dunia dan bersama-sama menyambung pelajaran di UNITEN. macam pian duduk pdrm sampai tingkatan 3 lepas tu cabut ke taiping. apa bende yang best kat taiping tak tahu laa. gap peminat leeds united, winning eleven, pembawa motor yang cekap dan selalu berlumba dengan farid bila nak pergi kelas. biasanya farid kalah. dah kahwin dan ada anak sorang dan gambar di atas aku syak di tangkap semasa majlis perkahwinannya.
notakaki : dia kira duit beras kat BERNAS aku rasa.

demo leni tok supo mulo - Azli hashim


Lembaga Pengawas maktab. tegas. serius. garang. 9 naga. bayangan maut (style pukul ada gaya faizal hussin sikit-sikit) kemas, bersopan dan basuh baju pakai sabun buku.
ps: team bolatampar maktab.

code name - kent


nama : azerul fahmi
code name : kent
kepakaran : matematik tambahan dan prinsip akaun
kelemahan : cikgu salmiah (bahasa melayu)
lagi kemahiran : bertomoi
prinsip : ketulusan, kedamaian, keinsafan (ayat dari fs)

Lembaga Pengawas Maktab (LPM) @ Lembaga Disiplin Pelajar (LDP)

Tanpa diorang siapalah KAMI.

Di dalam gambar ini:
ross, azanee nur, azli md hashim, saiful anuar abd rahim, roziah adnan, syikin musa, ahmad faizul, shahrulnizam mohamed, farrus wahi anuar, cikgu rosli, wan mohd rezal, adli syarimi, norazlina ahmad, mohd kamarul azhar, siti narissa om, mohd saufi razman, haslin hambali, juba mansur, napsah ngadiman, zuraidah md zam.

tugas pegawas :-

1. kasi senyap masa beratur di perhimpunan. sape tak pakai tali leher bawa pergi depan.

2. periksa barisan masa pergi sembanyang maghrib.

3. pastikan semua pelajar sembahyang dan tak main air kolah masjid.

4. pastikan pelajar baca doa sebelum makan.

5. pastikan pelajar senyap waktu prep. sape bising tulis nama dan serah pada cikgu displin.

6. pastikan pelajar tidur bila time tidur.

7. perisik cikgu (sape dengar mesti panas)

notakaki : salah satu kelemahan pegawas ini ialah pegawas buku/perpustakaan boleh marah sama diaorang kalau diorang buat bising dalam library. sad but true.

Juba


Nurul Fadli Haji Mansur mengelarkan dirinya Ajooba bila dia kagum dengan cerita hindustan yang bertajuk Ajooba yang dilakonkan oleh Amitabh Bachchan sama Rishi Kapoor. Cerita tu memang meletup pada tahun 1991 dan masa rehat-rehat lepas jumaat kitaorang layan cerita ni ramai-ramai kat bilik tv. masa tu amitabh bachchan pegang watak nama Ali sebelum jadi ahli sihir yang bernama Ajooba. nama ali mana glamer beb so tak salah nak try nama ajooba.sejak dari tu semua orang panggil dia ajooba sampai sekarang. juba jugak merupakan seorang pelajar yang tak dapat menyambung pelajarannya ke Ireland sebab ekonomi negara yang jatuh pada tahun 1998. sekarang juba merupakan seorang usahawan yang peramah, cekal, hampir maju dan berjaya.

ps: perintis muzik grunge di maktab. tak ada sape boleh lawan.

Monday, February 23, 2009

pian - abang segala gomen


yang baju warna hijau tu nama dia sufian harun. lepas dapat 8A dalam PMR dia pergi MRSM Taiping. masa dulu sape yang pergi mrsm taiping kira tak true laa sebab tak menyintai mrsm pdrm. selepas SPM sepatutnya dia dan kawan-kawan yang dia suka dah terbang belajar kat luar negara tapi kes ekonomi jatuh pada 1998 meyebabkan diaorang belajar kat malaysia je. kesian but true. sekarang nie dia orang kuat ahmad said, putrajaya. sape tak kenal ahmad said boleh google sendiri dalam internet. gomen tak patut.

Asal Usul MRSM PDRM


Maka pada 7 Sept 1991, satu perjanjian persefahaman (MOU) telah ditandatangani di antara YB En. Tamrin Ghafar, Pengerusi MARA (bagi pihak MARA ) dengan Ybhg. Tan Sri Hanif Omar, Ketua Polis Negara (bagi pihak PDRM). Hasil daripada perjanjian ini PDRM telah memilih Kem Pasukan Polis Hutan Batalion 3 di jalan Junjong, Kulim Kedah sebagai kampus sementara dan kampus tetapnya dijangkakan akan dibina di Serendah Selangor. Walau bagaimana pun akhirnya MRSM PDRM dikekalkan di BN 2 PGA (dahulunya Kem PPH BN 3), Kulim, Kedah.

Pendaftaran pertama kemasukan pelajar ke MRSM PDRM dibuat pada 5 januari 1992. Seramai 200 orang pelajar (120 lelaki dan 80 perempuan) telah mendaftarkan sebagai kumpulan perintis. Dari segi tenaga kerja pula, seramai 15 orang guru telah menftar untuk menjadi tenaga pengajar dan 12 orang staf sokongan untuk membantu di bahagian pentadbiran. Dalam masa yang sama PDRM juga telah mengambil iniasiatif dengan menubuhkan unit penyelaras (UP) untuk tujuan mengurus kerja-kerja senggaraan, pembelian dan membantu aktiviti pelajar.

Kini selepas lebih 10 tahun beroperasi, sebanyak 10 kumpulan pelajar telah menduduki peperiksaan SRP/PMR sejak tahun 1994 dan 8 kumpuan pelajar telah menduduki peperiksaan SPM sejak 1996. Setakat ini sebahagian besar daripada pelajar-pelajar ini telah melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS dalam dan luar negara. Kumpulan pertama dan kedua daripada mereka telah pun memasuki pasaran pekerjaan.

(sumber dari www.ansarapdrm.org )