Monday, March 30, 2009

reunion rumah balakong - Hotel Concorde, Kuala Lumpur

minggu lepas kami dan rakan-rakan kami yang pernah tinggal di rumah balakong telah membuat mini gath bertempat di concorde hotel, kuala lumpur. gath meliputi jamuan makan malam, pakej bersiar-siar di PWTC dan penginapan bermalam di hotel concorde, kuala lumpur. mini gath ni dicadangkan oleh farid tapi dia sendiri yang tak datang. mat due dan gap tak dapat hadir kerana ada komitment sama family. yang diletakkan di sini gambar terpilih. yang tak terpilih boleh tengok dalam facebook ye. sayang awak semua.



makan selagi boleh makan



hari jadi pian harun. selamat datang ke kelab tiga kupang



ajub, azam dan rijal



back to school



azam dan pakaian kerja pada jam 11 malam



farah and ajuba



gap gembira dapat makan bersama rakan-rakan lama

Sunday, March 29, 2009

dari facebook erisna....kenangan silam sungguh







notakaki: erisna memang king of gambar lama. ada sesapa lagi mahu lawan? boleh tgk yang selebihnya dalam facebook dia. sawan siak..

Sunday, March 22, 2009

memori bangku dibawah sebuah pokok di tepi longkang...



sape tak pernah lepak atau bergambar kat bawah pokok ni tak TRUE perintis...aduh klasik sungguh tempat nie.

notakakis: ok aku try ingat. happedah ali, syikin musa, azila dan ehem-ehem(tak ingat nama...)

kita sayang ustaz kita...dan kita sayang kawan-kawan kita...



ok gambar ini aku ambik dari facebook happedah ali tanpa kebenaran. rasanya semua gambar aku ambik tanpa kebenaran. sape nak marah. sila marah aku.

ustaz sabry/subry (mana nama betul dia?) lembut orangnya. tak pernah marah orang. kalau mengaji tak pandai dia cool. tapi ada suatu hari ustaz subry marah sama aku pasal aku tak bersalam dengan rakan-rakan lepas mengaji kat masjid.

yang paling aku sedih ialah bila mengenangkan memori bersama wan mohd nazri bin wan ismail. arwah telah kembali ke rahmatullah kira-kira 10 tahun yang lalu kalau tak silap aku. kenangan dan memori bersama arwah tidak pernah aku lupakan.

Al Fatihah untuk arwah Mat Yie.

merut alor setar - hairizal



hari tu. masa aku jalan-jalan putrajaya aku jumpa hairizal. nama glamer dia masa kat mrm pdrm merut. kalau tgk fs dia katanya minat giler sama memancing. sekali tgk tobat tak cam. yang paling panas sekali diatak beritahu status dia kat aku. dah kahwin ke belum? arhhh...kuat betul berahsia. macam cerita rahsia rumah tua pulak..

ps: gambar merut masa dapat anugerah cemerlang kementerian belia dan sukan Malaysia baru-baru nie. dapat 1000 boleh laa belanja kawan-kawan. jumpa kat pilihanraya kecik nanti wei....

Tuesday, March 17, 2009

mrsm pdrm dan cikgu cikgu kita







ps: gambar cikgu halim yang mahal. kredit untuk junior kita nie dan ini.

Monday, March 16, 2009

aswad kahwin


ok. aswad satu homeroom dengan aku. katil aku satu katil dengan aswad. aku duduk atas dia duduk bawah. dulu masa kecik-kecik biasalah aku takut dengan hantu maka tingkap kat belakang cermin aku tak bukak. aswad panas giler sama aku. katanya angin tak masuk. tapi dia bukak jugak. sebab susah sangat nak jumpa gambar aswad maka aku jumpa gambar dia masa dia kahwin.

ps : berdiri disisi pengantin ajub dan azly. duduk dengan sopan dari kiri azrul, gap, hairul dan farid. ajub bila nak kahwin?

abang abang askar kita




junizam (jonet), man toy dan 2 orang sahabat yang aku lupa namanya. selamat berjuang untuk negara.

homepage pertama MRSM PDRM


homepage pertama mrsm pdrm telah di buat oleh shah. nama penuh tak ingat. homepage ini di buat pada tahun 2002 selepas gath yang nora buat. korang ingat tak? kalau tak ingat boleh layan website ni. yang syok tentang website ini ialah sebab dia ada lagu.

http://www.geocities.com/mrsmpdrm_firstbatch/

ps : ada 4 keping gambar dalam laman web tue. sekeping seperti diatas dan 3 keping lagi takboleh disavekan. gambar shafri, op dan azrul...(betul ke nama azrul?..tobat lupa nama)

kota bharu, kelantan



pey - dah kahwin dan ada kat KL

we - ada kat Kl dan rasanya belum kahwin

puyek - dah kahwin dan jadi cikgu mrsm kat melaka.

Saturday, March 14, 2009

asrol dan syed



syed lepas pmr blah pergi taiping. lepas tu dengar cerita jadi pilot. aku tak ada banyak memori pasal syed. yang aku ingat dia satu taman koperasi polis sama juba.

notakaki: betul ke tu gambar syed?

gebang - azlan ahmad



1st time dapat gambar ukuran pasport ni. nama gebang cikgu halim pengetua yang kasi. dulu katil dia hujung sekali. duduk dengan azwan. waktu hujung minggu atuk gebang selalu datang dengan vespa. kalau datuk dia bawak makanan, ada rezeki makan ramai-ramai, tak ada rezeki nak buat macam mana. kahwin sama rakan sekolah. mekta. aku tunggu gambar pasport mekta jee ni. gambar kahwin letak lepas nie.

ps : siapa berani hantar gambar pasport, sila hantar.

Sunday, March 8, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H / 2009M

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” ( Al- Anbiya : 107)

Thursday, March 5, 2009

melawat lumut - gambar kenangan dari reduan sapian


reduan kata ini homeroom patuh pergi berjalan ke lumut. biasanya kalau berjalan 2 -3 homeroom sekali. biasanya penang la paling ramai homeroom pergi melawat. ini semua atas kreatif cikgu homeroom tu.
ps: tengah tangkap gambar waktu panas nie...

my alien girlfriend trailer - OP punya cerita

Align Center

Tuesday, March 3, 2009

orang nogori - shanana



shanana orang negeri sembilan. suami dia orang terengganu. masa kat upm kitaorang memang kamcing. aku, nad sama shanana memang baik sebab nad ada kereta kancil masa tu. masa dulu sape ada kancil memang ramai laa jadi kawan dia. kat upm shanana ambik lukisan lanskap kalau tak silap aku. sekarang ni dia dengar cerita dia buat part time ambik gambar orang kahwin. sesapa nak kasi gambar dia diambik oleh shanana boleh laa try cari dia. dia dan suami dia memang pro ambik gambar sebab dioarang pakai kamera yang gantuk kat leher tue. boleh tengok blog shanana kat sebelah.

perempuan dari sarawak - syikin musa


aku syak sikin musa pelajar paling jauh sekali dalam batch 1992. dia orang sarawak. tak silap aku tak ada orang sabah atau anak polis filiphina dapat belajar kat mrsm pdrm masa batch 1992. kalau ada sila kasi tahu. aku rasa memang syikin paling jauh sekali kedudukan georgafi rumahnya. dengar cerita syikin ada kat sarawak dan kahwin sama orang semenanjung. gambar kat atas ni aku rasa gambar suami dia. memang sah syikin lepas ni duduk semenanjung.

atas permintaan gap - gambar pergi berjalan ke mrsm pdrm


dari kiri mat tiara, gap, pey dan pian. tukang ambik gambar farid. masa ni tak silap aku pergi mrsm pdrm untuk ambik sijil spm. dari kl turun dari ke bukit mertajam naik keretapi dan lepak rumah pey kat bukit mertajam. dengar cerita ramai lagi tak ambik sijik spm dan pmr. korang semua dah ambik?

mazuin ahmad?


betul ke ini mazuin ahmad? serius tobat aku tak cam dia. kalau berselisih bahu kat dalam komuter mesti aku tak tegur punya. dengar kata sedang mengandung dan semoga beranak cucu.

tak ada maknanya - unie


nama penuh unie marini aras azizan. keliru sama ada nama dia marini aras binti azizan atau marini binti aras azizan. dia pernah kata ramai orang dok melawak dengan dia panggil dia marini tingkap. tobat anarki orang yang buat lawak macam tue. unie dah kahwin dan ada anak sorang. dulu keje kat bank rimau tapi sekarang ni tak tahu kat mana. dulu minat skuba dengar kata tapi tak tahu laa lepas beranak berskuba lagi atau tidak.

membesar bagai JOHAN


memang serius dah lama tak jumpa. johan sekarang dengar cerita doktor gomen. aku masa kecik dulu memang kacip dengan johan. jadi doktor gomen memang letih. kerja banyak, rakyat yang tak sihat ramai kena jumpa, nurse yang suka mengumpat, wad yang selalu penuh, drebar ambulans yang tak sabar-sabar, kantin hospital yang tak sedap dan doktor-doktor baru yang sibuk nak jadi doktor swasta.
ps: cerdik dia ni, lepas mrsm pergi taiping aku rasa dan tak pernah jumpa sampai hari ni.

Sunday, March 1, 2009

asrol - lu biar benar bai...


ini asrol. ini minat sama arsenal. dalam friedster dia letak nama asrol wenger. dia kawan baik syed. lepas pdrm dia pergi ke taiping. lepas tu dia tak dapat dihubungi. last sekali jumpa dia kata dia isap rokok sebab suka buat asap bulat-bulat seperti digambar. dia memang ada style!

syikin musa sama vali - kenangan kadet polis


dulu sape dapat masuk kadet polis kira terer, glamer dan smart tak patut. ini gambar syikin musa sama vali(nama penuh tak ingat). amacam? ada macam gerak khas?