Tuesday, July 28, 2009

Operasi Mencari Sijil SPM


Lokasi : Bukit Mertajam, Penang.

Waktu : Pagi lepas subuh.

Tujuan bergambar : Untuk masuk dalam facebook

Siapa dalam gambar : Dari kiri pian, Pey, Farid dan Mat Tiara

Tukang ambik gambar : Gap

Status operasi : Rahsia

Monday, July 13, 2009

Perintis SPM 1996

SPM 96 ada 6 kelas. 2 Kelas Akaun dan 4 kelas biologi. Kata cikgu-cikgu, sape ambik akaun bila besar jadi akauntan dan sape ambik biologi nanti besar jadi doktor. Tapi apa kes budak ambik biologi sekarang kerja kat bank? apa kes?






















Monday, July 6, 2009

Perintis MRSM PDRM 1992 - 1994 - Majalah Imej 1 (KLIK UNTUK BESAR)
















notakakis: Sori bengkang bengkong. biasa laaa budak-budak amatur yang buat. Sukarela dalam paksa...

Sunday, July 5, 2009

Majalah Imej



Disebabkan pejabat aku ada pelajar praktikal maka secara autonya dia akan mengambil tugas untuk mengSCAN gambar-gambar yang ada dalam Imej. Hahahahaha ( gelak style Musolini) Lu orang tunggu! Hahahahaha...kejam..kejam..kejam ( sambil tikam perut orang dengan pisau)

ps: Jadi boss kena kejam, mata mesti melirik dan berpandangan serong, lempar fail, hempas pintu bilik kuat-kuat, turn off komputer terus tekan main suis, tulisan sikit buruk agar staff berdebor nak tanya balik dan main solitaire bila tak ada kerja.

ps2 : Terima kasih kepada Nor Hazianty Janggi (Yan) kerana sudi pos majalah Imej ini ke aku 2 tahun lepas. Cita-cita nak pulang balik tu ada tapi kena tunggu aku scan semua pic dalam majalah ini. Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas.

Wednesday, July 1, 2009

Gig kat MRSM PDRM


Di sebabkan terpegaruh dengan budaya dagangan seperti punk rock, hardcore, skinhead, black metal, rock kapak, indie dan sebagainya maka kami dan kawan-kawan seangkatan kami telah menganjurkan satu mini gig yang bertempat di satu rumah di blok 9 pada satu musim SPM 1996. Kononnya nak release tension.

Gig ini simple jee. ada radio, meja makan dan muzik. Lepas tu layan muzik sambil terbang, moshing dan menjerit. Lepas tu pandai-pandai laa jaga diri.

ps: aku pikir sebab tu aku dapat 7 dalam pendidikan Islam.

Pusing buku


Salah satu masalah sosial yang melanda pelajar MRSM PDRM sekitar 1993-1995 ialah perangai memusing buku. Lagi lama buku dipusing dan lagi besar buku yang dipusing menunjukkan status kehebatan seseorang tersebut.

Mereka akan dianggap lebih hebat jika dapat memusing buku dan selepas itu melambungkan buku tersebut keatas dan menyambutnya. Biasanya buku teks Kemahiran Hidup, Sejarah dan Geografi jadi bahan untuk dipusing. Setakat ini tak pernah lagi jumpa geng yang pusing buku teks Agama Islam. Beberapa orang pelajar juga diharamkan untuk ke perpustakaan kerana tindakan mereka untuk cuma memusingkan kusyen dalam bilik TV.

Aku kalau jadi cikgu masa tu memang sah-sah aku melempang budak-budak ni. Hormat pada buku tak ada langsung.

ps: Gambar belakang ialah Zaimuliza Che Murad, satu musim sebelum PMR dalam kelas 3 Raya.