Thursday, September 3, 2009

Salam Ramadhan

macam mana aku leh lupa nak ucap selamat berpuasa kat blog ni. adakah aku sudah tua?

ada satu cerita tentang ramadhan yang syok untuk dipikir semasa kat mrsm pdrm dulu. pertama waktu bersahur dia. jarang-jarang anak melayu yang sanggup berjalan berbuka puasa kat dewan selesa yang jaraknya dalam 3-4 km dari asrama. jarak yang jauh menyebabkan dewan selesa keadaan yang berapa best pada waktu sahur.

kedua yang best bila waktu berbuka puasa. dia punya feeling tuhan jee tahu. syok dia memang best. semua macam tak sabar-sabar nak buka pose. yang tak pose pun buat-buat feeling macam puasa. biasa-biasa budak perempuan yang tak puasa. budak lelaki aku rasa semua puasa. ada beberapa orang yang aku ingat yang buka pose dia macam lumba kereta. baca doa, makan sikit dalam seminit terus berlari pergi masjid. aku dengar cerita teh masjid sama murtabak sana memang best tak patut. manusia yang aku ingat ialah macai. ada pun ada ikut dia sikit-sikit. more kat masjid kem polis tu bukan main feeling lagi beb. lebih-lebih lagi bab teh tarik..aduh..sawan bila ingat...

dan yang paling syok ialah bila time nak balik raya. muka semua berseri-seri pasal dapat balik tiket free. biasanya cikgu nik akan panggil buat perhimpunan kasi penerangan tentang cara-cara nak balik kampung. yang paling berlagak balik raya ialah budak-budak KL. dia punya berlagak tahap, berpakat nak duduk sama-sama dalam bas. ada satu musim bas MARA datang sendiri balik KL. masa dulu lebuhraya tak ada lagi. so dari kulim ke KL jauhnya bukan main.

apa lagi syok tentang puasa bulan puasa di MRSM? aku dah lupa....

selamat berpuasa