Showing posts with label gambar facebook hapedah ali. Show all posts
Showing posts with label gambar facebook hapedah ali. Show all posts

Tuesday, April 14, 2009

3 raya



kaum hawa 3 raya pmr 94 memang tertib tertib orangnya. kalau bergaduh diorang akan bergaduh dengan begitu sopan. kawa adam tiga raya haram susah nak tangkap gambar. masa kaum hawa 3 raya tangkap gambar ni ada jugak diorang ajak tangkap gambar sekali, tapi apa kelas tangkap gambar ramai-ramai. lebih-lebih lagi kalau ada Mcnee...mana mcnee pergi? azli hashim rasanya banyak dosa sama dia...

Sunday, March 22, 2009

kita sayang ustaz kita...dan kita sayang kawan-kawan kita...



ok gambar ini aku ambik dari facebook happedah ali tanpa kebenaran. rasanya semua gambar aku ambik tanpa kebenaran. sape nak marah. sila marah aku.

ustaz sabry/subry (mana nama betul dia?) lembut orangnya. tak pernah marah orang. kalau mengaji tak pandai dia cool. tapi ada suatu hari ustaz subry marah sama aku pasal aku tak bersalam dengan rakan-rakan lepas mengaji kat masjid.

yang paling aku sedih ialah bila mengenangkan memori bersama wan mohd nazri bin wan ismail. arwah telah kembali ke rahmatullah kira-kira 10 tahun yang lalu kalau tak silap aku. kenangan dan memori bersama arwah tidak pernah aku lupakan.

Al Fatihah untuk arwah Mat Yie.