Friday, October 9, 2009

Lagu Kegemaran Remaja 1996

Satu musim dulu. malam-malam menjelang SPM 1996. aku, y, azam ismail, normi kembar, kekadang zen ada, ajub ada, arwah mat yie ada dan boleh dikatakan semua budak 5 cempaka lepak bilik Y. radio rasmi masa tu ialah Radio Muzik dan tak silap aku Isma Alif jadi dj masa tu. keadaan malam yang sunyi akan jadi seronok bila dj pasang lagu dari Umbrella - Ramalanku benar belaka.



bila sampai chorus lagu " Waktu bersama mu banyak Benar Kenangan yang kita ciptakan Bersama…Dan satu darinya ungkapan Syahdu Bahawa aku tak akan Kehilangan mu…"

kami akan menjerit ramai-ramai. nostalgia tak patut...

ps: selamat hari raya dan maaf zahir batin