Monday, February 23, 2009

Asal Usul MRSM PDRM


Maka pada 7 Sept 1991, satu perjanjian persefahaman (MOU) telah ditandatangani di antara YB En. Tamrin Ghafar, Pengerusi MARA (bagi pihak MARA ) dengan Ybhg. Tan Sri Hanif Omar, Ketua Polis Negara (bagi pihak PDRM). Hasil daripada perjanjian ini PDRM telah memilih Kem Pasukan Polis Hutan Batalion 3 di jalan Junjong, Kulim Kedah sebagai kampus sementara dan kampus tetapnya dijangkakan akan dibina di Serendah Selangor. Walau bagaimana pun akhirnya MRSM PDRM dikekalkan di BN 2 PGA (dahulunya Kem PPH BN 3), Kulim, Kedah.

Pendaftaran pertama kemasukan pelajar ke MRSM PDRM dibuat pada 5 januari 1992. Seramai 200 orang pelajar (120 lelaki dan 80 perempuan) telah mendaftarkan sebagai kumpulan perintis. Dari segi tenaga kerja pula, seramai 15 orang guru telah menftar untuk menjadi tenaga pengajar dan 12 orang staf sokongan untuk membantu di bahagian pentadbiran. Dalam masa yang sama PDRM juga telah mengambil iniasiatif dengan menubuhkan unit penyelaras (UP) untuk tujuan mengurus kerja-kerja senggaraan, pembelian dan membantu aktiviti pelajar.

Kini selepas lebih 10 tahun beroperasi, sebanyak 10 kumpulan pelajar telah menduduki peperiksaan SRP/PMR sejak tahun 1994 dan 8 kumpuan pelajar telah menduduki peperiksaan SPM sejak 1996. Setakat ini sebahagian besar daripada pelajar-pelajar ini telah melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS dalam dan luar negara. Kumpulan pertama dan kedua daripada mereka telah pun memasuki pasaran pekerjaan.

(sumber dari www.ansarapdrm.org )

No comments: