Tuesday, February 24, 2009

Juba


Nurul Fadli Haji Mansur mengelarkan dirinya Ajooba bila dia kagum dengan cerita hindustan yang bertajuk Ajooba yang dilakonkan oleh Amitabh Bachchan sama Rishi Kapoor. Cerita tu memang meletup pada tahun 1991 dan masa rehat-rehat lepas jumaat kitaorang layan cerita ni ramai-ramai kat bilik tv. masa tu amitabh bachchan pegang watak nama Ali sebelum jadi ahli sihir yang bernama Ajooba. nama ali mana glamer beb so tak salah nak try nama ajooba.sejak dari tu semua orang panggil dia ajooba sampai sekarang. juba jugak merupakan seorang pelajar yang tak dapat menyambung pelajarannya ke Ireland sebab ekonomi negara yang jatuh pada tahun 1998. sekarang juba merupakan seorang usahawan yang peramah, cekal, hampir maju dan berjaya.

ps: perintis muzik grunge di maktab. tak ada sape boleh lawan.

No comments: