Wednesday, July 1, 2009

Pusing buku


Salah satu masalah sosial yang melanda pelajar MRSM PDRM sekitar 1993-1995 ialah perangai memusing buku. Lagi lama buku dipusing dan lagi besar buku yang dipusing menunjukkan status kehebatan seseorang tersebut.

Mereka akan dianggap lebih hebat jika dapat memusing buku dan selepas itu melambungkan buku tersebut keatas dan menyambutnya. Biasanya buku teks Kemahiran Hidup, Sejarah dan Geografi jadi bahan untuk dipusing. Setakat ini tak pernah lagi jumpa geng yang pusing buku teks Agama Islam. Beberapa orang pelajar juga diharamkan untuk ke perpustakaan kerana tindakan mereka untuk cuma memusingkan kusyen dalam bilik TV.

Aku kalau jadi cikgu masa tu memang sah-sah aku melempang budak-budak ni. Hormat pada buku tak ada langsung.

ps: Gambar belakang ialah Zaimuliza Che Murad, satu musim sebelum PMR dalam kelas 3 Raya.

12 comments:

Marini Russ said...

Aku ingat lagi bila wabak nih melanda..paling power skali masa waktu prep dlm kelas budak2 akan pusing pintu laci meja cikgu. Gile hebat.

AMMOSHAM said...

bab pusing pintu laci meja tu memang otai giler yang melakukannya. nasib baik tak pusing pintu kelas kau...

saiful said...

Hehehe... Memang dulu jadi trend benda ni sampai ada cikgu dok tegur duk pusing ilmu tapi semua pakat dok layan trend waktu tu :)

alizamarwa said...

aku rasa mat memang selalu la tunjuk skill ni...sambil jalan pun dengan bangganya dapat buat skill ni..unie pun aku rasa terer gak kan...wakil pompuan maktab..hehehehhee..aku rasa patutnya masa kat maktab buat pertandingan ni pun bagus kan...mana tau leh dimasukkan dalam sukan extreme ker...hehehhe..

Azuan said...

Mat akan tunjuk lebih terror skill ni bila lalu kat depan kelas aweks yang dia minat... Ahaks... Aku x reti langsung skill pusing buku atau pen ni... Skill pusing songkok blhla gak sikit2...

cubajuba said...

nak fight?

shidah said...

haha..

AMMOSHAM said...

awek mana pulak ni azuan...ramai awek yang aku minat dulu...

huhuhu

Azuan said...

Memangla Mat, ko pencinta wanita yang hebat kat maktab... Lepas sorang, sorang, tapi bukan 2 orang pada satu masa yang sama. Kalau ko tgh minat kat si A, ko rajinla bertenggek kat kelas A, kalau ko tgh syok kat si H lak ko buat kelas H macam kelas ko pulak...

alizamarwa said...

ha ah...tull.aku setujuk ngan azuan..tu sbb salu jer aku nampak dia asik bertenggek je kat kelas2 tertentu pada masa tu..eceeececeeceh...sesuai lagu pencinta wanita tu utk mat...

aswad said...

load gak gambaq hang pusing buku... mat... hang ingat x sapa pengasas "wabak" tut?

bai said...

mat..mat..ms ko syok kat sorang awek klas mawar..tiap2 hari ko lepak klas mawar..boring betoi tgk muka mung ms tu..hhhaahaha