Sunday, March 22, 2009

kita sayang ustaz kita...dan kita sayang kawan-kawan kita...



ok gambar ini aku ambik dari facebook happedah ali tanpa kebenaran. rasanya semua gambar aku ambik tanpa kebenaran. sape nak marah. sila marah aku.

ustaz sabry/subry (mana nama betul dia?) lembut orangnya. tak pernah marah orang. kalau mengaji tak pandai dia cool. tapi ada suatu hari ustaz subry marah sama aku pasal aku tak bersalam dengan rakan-rakan lepas mengaji kat masjid.

yang paling aku sedih ialah bila mengenangkan memori bersama wan mohd nazri bin wan ismail. arwah telah kembali ke rahmatullah kira-kira 10 tahun yang lalu kalau tak silap aku. kenangan dan memori bersama arwah tidak pernah aku lupakan.

Al Fatihah untuk arwah Mat Yie.

No comments: