Wednesday, May 27, 2009

Projek Perintis - Buku!


dear kawan-kawan yang disayangi,

AKU ADA SATU RANCANGAN!

Aku rasa semua daripada kita mempunyai memori indah/manis/pahit/masam semasa berada di MRSM PDRM sejak 1992 hingga 1996. ada memori itu mungkin tidak dapat kita ingati tetapi dingati oleh kawan-kawan kita. sebagai contohnya aku tak teringat langsung yang semasa aku berada di MRSM dulu aku suka membaling batu kepada pelajar-pelajar perempuan dan selalu mintak RM2 pada awek-awek sana. ada memori yang aku ingati dan ada memori yang kawan-kawan aku ingati.

apa kata kita bukukan memori kita? kita luahkan memori kita melalui kata-kata dan diungkapkan melalui cerita pendek (cerpen), pantun, syair, gurindam, berita dan sebagainya. contohnya seperti aku tulis dalam blog aku( Sentimental 1996 - pelempang Cikgu Nik)

aku rasa semua daripada kita merupakan menulis yang baik. cuba korang lihat forum MRSM PDRM. semua dapat menceritakan memori mereka dalam suasana yang menghiburkan.

macam mana geng? aku sanggup jadi editor. kawan aku kata, kita boleh keluarkan secara bebas atau deal sama PTS. kalau kita buat dalam 200 mukasurat kita boleh jual dengan harga RM10.00.

hasil jualan tu boleh kita kasi 'royalti' kepada sesiapa yang memberi sumbangan karya. ini bukan projek buat untung, ini projek untuk kita semua. kalau nak untung kita jual prepaid atau jual karpet.

macam mana geng? cakap banyak tak guna. less talk more rock! siapa berani kasi hantar cerita memori anda pada aku. date line bila? tahun 2010 macam mana? apa kata kita lancarkan buku kita pada 1 Januari 2012? tak silap aku kita masuk maktab 1 Januari 1992 kan?

1992 kita bertemu untuk kali pertama...2012 kita bertemu buat kali ke dua...

ps: sila kasi pandangan.

22 comments:

alizamarwa said...

pembetulan..kita mendaftar 5 jan 1992
hmmm...idea yang bagus...ala mat..kan ada pic2 kat cni yang ramai dah bagi idea jalan citernya...ko gabungkan sumer2 tu menjadi satu citer..pastu ko dispaly kat cni..pastu kalau ada sapa2 yg leh betulkan apa yg patut..wat pembetulan la kat cni...jangan lupa war2kan kat FB gak sbb geng2 kita ramai kat sana tapi masuk kat cni ada la berapa kerat orangnya...

cubajuba said...

ok! kalau printing sama gua mesti gua ok punya.

jaringan penternak ayam kampung.. said...

huh.. mesti shadu punya kalau kita baca nanti masa dah siap nantikan.. ada yg nangis punyalah.. cukup ke 200 page hehehe aku rasa luahan hati sorang2 nie banyak.. kalau azong je aku rasa dah 40 page hehehe jgn marah azong aku tepis tahap ke 13 hehehe aku sokong... mari kita mulakan.. first kena buat tuan kena listkan semua nama yg ada kat sini dgn no contact skali.. pastu masing2 cuba jejak yg lain tu.. dah rase2 cukup forum kita anta karya masaing2

Shidah said...

good idea..tapi bab2 menulis ala2 cerpen ni tak pandai maklumlah BM tak terer..hehe

Reduan said...

Mat;

Aku rasa ada beberapa cerita yang aku pernah tulis di laman webperintis tu. Kalau rasa menarik, boleh je amik dari situ.

Ummu Abiha said...

Mat,
Bagus idea ko tuh.. sangat bagus.. cumanya aku tgk tak ramai yang response.. kalau ko nak benda ni berjaya rasanya perlu invite lebih ramai. kat komen ni je berapa kerat sangat yang response..
macam aku sendiri, banyak benda even not that so important memories ada dalam ingatan aku, cumanya aku rasa perlu refresh agar lebih banyak memories yang akan hadir utk di luahkan atau di ceritakan.. maybe its good to have reunion.. but i dont know la sambutan nya nanti.. it is good to advertise in FB, for the 1st step..

Azuan said...

Sori beb dah lama menghilangkan diri. Aku pergi conference 4 hari baru2 ni. Lepas tu masuk opis je bertimbun keja nak diselesaikan. Aku dah emelkan pada semua ahli forum perintis mengenai projek buku ni. Insya-Allah, kalau semuanya masih pakai emel yang lama, dalam 140 orang batch kita akan dapat tau tentang projek ni.
Aku jugak dah register domain www.perintismrsmpdrm.com. Sekarang ni aku tengah dalam peringkat design web portal kita tu. Nanti aku akan listkan benda2 yang aku nak mintak tolong daripada korang semua untuk siapkan web portal tu. Aku harap portal ni akan dapat online sebelum hujung bulan ni.

Ajooba: Banyak betul bisnes ko. Ko buat printing kertas je ke? Printing souvenir ada buat x?

Shidah: Kalau susah nak karang dalam bahasa Melayu, karang dalam English pun boleh, xde salahnya. Tapi kat bawah tu nanti tinggalkanlah notakaki: Sorry, i feel like stupid if I write in Malay. ;p (jangan marah)

Reduan: Apa kata ko copy & paste kisah2 ko dalam forum tu. Aku rasa lebih afdhal kalau ko buat sendiri pasal ko blh edit dulu mana2 yang tersalah fakta ke atau ada benda yang ko rasa nak tapis dulu.

cubajuba said...

azong - pad printing, heattransfer ka apa ka suma aku buat, printing duit ja tak da.

sapa gi bbq ansara? report sikit.

Azuan said...

Baru nak order print note RM100 lima ratus puluh keping. Ahaks. Aku kekadang ada dapat order thumbdrive untuk print nama kompeni. Biasanya aku beli thumbdrive je, pastu hantar print kat orang. Nanti kalau dapat order lagi, bolehla aku passing kat ko. Namecard ada buat? Aku tgh nak buat namecard aku dgn partner aku ni. Nanti, kalau dah siap design, aku bagi fail AI kat ko.
Aku tak pegi BBQ semalam pasal petang tu aku pegi jumpa potential client utk buat e-commerce website. Balik tu je dah penat, x larat nak pegi dah. Kalau diorang buat last week memang aku pegi. Memang dah on the way pun masa dapat SMS cancellation tu.

sAbB said...

Salam Mat,
idea kau ni mmg marvellous ler coz yang byk create havoc kat maktab dulu kau la kan sapa lagi....

dulu ko suka minta duit blanja kat aku kan..mentang2 la bapak aku kwn bapak ko...
ko nak pegi gigs kat JB aku jugak kena ambik ko kat railway station Jb..anto ko kat traffic light la dgn mamat2 punk tu semua...kalo x silap aku dulu korang kan selalu buat gigs kat hostel..aku x tau la gambo2 tu ade lagi dlm simpanan ke tak..byk nye geng chempaka dgn anggerik la...

Ahmad Belia said...

sab, kira halal laa...hahaha

Azuan said...

Kalau ada banyak gambar tu hulur2 la Sab. Kalau aku asyik bubuh koleksi gambar aku, nanti orang boring lak pasal semua gambar tu ada muka aku.
Mat... Ko ni macam watak mat despatch dalam komik tu lak ya... Suka pau RM2. Nasib baik ko x pau aku, kang aku bagi penampau bolehla... ;p

Shidah said...

azuan..
kalau bahasa melayu pun dah x pandai nak mengarang english lagilah..haha..
writing pun selalu penuh ngn tanda merah..hehe

pasal web 2 kalau ada rasa nak minta tolong bagi tahu je..:-)

Azuan said...

Aku memang nak mintak tolong pun ngan korang semua untuk website baru tu. Banyak benda yang aku nak kerah tenaga korang ni sampai aku x larat nak senaraikan semua.
Secara roughly nya aku nak volunteer untuk contribute content ABOUT US, SEJARAH PERINTIS & beberapa page lagi yang aku belum terfikir tp mungkin korang ada terfikir. Pastu aku nak carik orang utk jadi co-admin whole website, admin/moderator forum, dan author blog.
Nanti aku senaraikan dalam entry baru. Aku tgh bengang ni pasal domain website tu tgh pending dgn registrar walaupun aku dah 5 hari register.

Shidah said...

oo..ok..
satu soalan..kalau website baru 2 pun ada forum..so yang lama tu mcm ek?

p/s saya yang sekadar bertanya

Azuan said...

Kalau blog ni, xde masalah sgt nak buat backup pastu transfer ke blog website baru. Yang masalahnya forum tu sebab kita tumpang kat server orang. Kalau nak mintak database forum tu kena bayar USD20 yang aku rasa x mampu nak tanggung sorang2. Aku ada terjumpa cara nak crawl content forum tu secara illegal, tapi kena guna skrip python yang aku x tau langsung. Kalau ada sesapa yg tau guna python, tolong2la ya. Tapi guna teknik ni pun x 100% berkesan, akan ada yg miss especially signature & attachment.

Ahmad Belia said...

azuan, teruskan usaha murni mu
aku supoort!

Azuan said...

Kalau ada yang nak support untuk beli database dari forum invisionfree.com tu lagi aku alu2kan... ;p

alizamarwa said...

wah..lama jugak aku meninggalkan blog ni..banyak idea2 baru..azuan..ko teruskan cadangan dan usaha murni ko tu..kitaorg akan support n tolong mana2 yang perlu...ermmm....dah ada sapa2 ka sumbangkan citer kenangan lama kita dulu kat mat??

cubajuba said...

azong -

kat gua ada few database dari peeps yang datang masa gathering raya few years back, maybe some number boleh di gunakan, lu fikir method macam mana nak buat online database, nanti gua digitalize kan sebelum pass kat lu pasal rough copy - tulisan ghaffar buruk sangat.

kipidup.!

Azuan said...

Yang buruk datang dari ghaffar, yang elok datang dari lu ya... Website tu dah online dah, tp belum siap & belum bubuh apa2 content lagi... Gua buat curik2 je kat opis... Kat umah susah nak buat pasal gua punya broadband macam siput...

cubajuba said...

ya betul yang buruk macam tarian silang lutut datang dari ghaffar.. yang ok ok dan funky datang dari gua.. ke ke ke..

abis database ni macam mana? dah berabuk dah ni aku simpan...