Friday, May 22, 2009

Asyik-asyik Mat Rempit... Mana Boleh!!!

Gambar ni diambik masa Form 5 bersama Mukrish a.k.a. M dan C70 ayahanda dia kat Merbuk. Kitorang bukan merempit walaupun dengan selambanya pegi pekan Merbuk x pakai helmet. Masa tu aku saja melawat dia & tido semalam kat sana. Saja jumpa member pasal dah lama tak jumpa dia sejak PMR. Asyik2 ngadap muka adik dia (Izzadiq a.k.a. I) je, tu yang membuatkan aku amik bas dari KL ke Sungai Petani (x balik Kulim terus) jumpa M kat sana. Apa yang aku ingat pada malam aku kat sana, M boleh gaduh dengan I pasal gusti WWF. M cakap WWF ni berlakon je tapi si I mati2 percaya yang WWF ni betul, gusti tanpa skrip. Akhirnya diorang mintak aku jadi undi penentu. WTF. Aku mana pernah layan gusti masa tu. Tomoi adalah gak sikit. Tulah last sekali aku jumpa M.
Back to the topic, sekarang bukak paper kan asyik cerita pasal mat rempit je. Mat rempit buat nilah, mat rempit buat tulah. Sekarang ni lak dapat gelaran baru, PENYANGAK JALANAN (ROAD THUGS). Baguslah kalau diorang ingat dengan tukar nama ni, diorang dapat hapuskan gejala mat rempit ni. Tapi janganlah sampai semua orang yang bawak motor dipanggil penyangak jalanan gak. Kasar bunyinya penyangak tu.
Selama ni pun, kalau penunggang motor yang eksiden selalu dipandang serong sebagai mat rempit sampai ada yang tergamak kata 'padan muka eksiden, siapa suruh merempit'. Tolong ya. Kalau korang check fakta, korang akan dapati yang kebanyakan yg terlibat dalam kemalangan motosikal sebenarnya penunggang berhemah. Ada faktor2 lain yang boleh menyebabkan kemalangan termasuk kecuaian pemandu kenderaan yang lebih besar. Diorang x pikir ke yang sebenarnya orang tu tengah nak pergi kerja nak bagi anak isteri rezeki yang halal ke atau entah2 orang tu naik motor sebab nak pergi solat Subuh kat masjid ke. Rasional lah sikit walaupun dah sakit hati sangat dengan mat rempit. Kalau orang tu mat rempit betul, kira padan gakla kalau diorang nak hentam. Kalau ikut aku pun, kalau boleh aku nak sula je penyangak2 jalanan yang jenis buat jenayah ni. Menyusahkan orang je.
Anyway, this is just my two cents. I rest my case...
-Retired Rider-

8 comments:

alizamarwa said...

jap..penyangak jalanan ke samseng jalanan?...tapi sama jer sebenarnya kan...apa citer mukhsrish skang ni?masih ctc dia lg tak?citer pasal samseng jalanan ni agaknya ada ke kalangan kita yang aktif merempit ni eh?agaknya kalau wat survey kat dataran merdeka tu ada la kot terselit sorang dua...who knows???..cuma aku rasa bila dah menjengah angka 30 ni maybe dah kureng la kot merempit2 ni...usia 20an dulu aku rasa adaaa....hehehehhe...samseng jalanan ni yang org tak suka sebab menganggu jalanan, bawak secara bahaya..kalau yang terlibat tu sorang2 takpa la jugak ni akan menyusahkan orang ramai...tu yang orang hangin tu...tapi kalau ada antara kita yang memang berbakat dalam merempit motor secara profesional ni..glamer tu...leh masuk motor GP ker kan...tapi rasa takder la kot..ada ker??

Azuan said...

Sorry tersilap translation. Aku dah lama x baca metro. Aku baca menda ni dalam the star, pastu aku main belasah la buat2 macam terroro dalam translation ni. Nasib baik aku x tersilap translate jadi ustaz jalanan. ;p
Kalau x silap aku di antara kita memang ada yang pernah jadi mat rempit x professional kejap. Tapi tu time belum insaf lagilah.
Yang professional aku rasa memang xde... Bila baca pasal Cub Prix xde pun nama yang aku kenal. MotoGP lagilah haram. Tapi x taula kan kot2 ada yang dah tukar nama jadi Valentino Rossi ke, Casey Stoner ke, Dani Pedrosa ke, Jorge Lorenzo ke.
Aku pun x tau mana Mukhrish sekarang. Dah lama dah lost contact pasal zaman tu mana ada pakan henpon mcm sekarang. Tapi kepala si M ni memang sempoi. Best layan lepak ngan dia.

shidah said...

bab2 merempit teringat masa belajar kat UTM..balik je kelas malam melayan merempit ngn budak2 laki..hehe..tapi bukan merempit angkat kaki keatas ye..kuikui

Reduan said...

Hmm, Mukrish a.k.a M, salah seorang rakan paling rapat di dengan aku di MRSM PDRM. Kitorang byk berkongsi cerita sbb dua-dua orang Kedah, kalau sembang memang pekat habis he he. M dan Asrol Afendy adalah dua orang penggila pin pong, kedua2nya memang sangat bagus bermain ping pong seperti org cina, walaupun kulit gelap he he.

Kali terakhir aku jumpa M tahun 2002/2003, masa tu dia tinggal di kawasan Sungai Way, dekat dengan tempat kerja lama aku kilang Motorola. Tak salah aku dia kerja di Hospital, tapi tak pasti di mana. Kemudian bila aku berhenti kerja, terus hilang hubungan..

Azuan said...

Reduan, dah lama x nampak. Mentang2 cerita pasal bespren ko, terus masuk ya... ;p Masuk2lah selalu, kitorang kekurangan korum nak ngumpat ni.
Memang dulu ko ngan M macam belangkas. Tapi hangpa berdua ni asyik hang pekena dia, dia pekena hang. Ada je menda yang korang nak meriahkan suasana. Aku kalau main ping pong lawan M memang susahlah game point tu nak cecah 21. Awal2 dia dah belasah aku. Takde belas kasihan langsung...

Reduan said...

Ha ha. Memang betul aku dengan M memang rapat sebab kampung akupun dekat ngn rumah dia kat Merbok tu. Kalau cuti semester, aku selalu keluar dgn M pergi ronda pekan Sungai Petani..

NBMS said...

hahahaha. Azuan bercerita berdasarkan pengalaman sendiri. terus serik nak bawak motor lagi.

Azuan said...

Sadap you... ;b Muka Baba dalam profile tu macam muka Ain lah. Adik beradik ke? ;p
Reduan, kalau ko terkontek si M lagi, bagitaulah no phone dia kat aku. Lama x jumpa dia ni.