Friday, May 15, 2009

hari ibu


sempena hari ibu tahun ni...dan kebetulan aku memang dah janji ngan shahida nak turun kl...so kami amik keputusan bersama2 dengan naee pegi melawat kawan kita..mazuin ahmad yang selamat melahirkan anak sulungnya..baby gegel..nama...iskk..yg aku ingat.. apatah depan nya,____ kaisara bt hamidon...comeiii..macam mawin gak...so..utk kawan2 yang bergelar ibu..aku amik kesempatan nak wish selamat hari ibu..dulu pelajar..skang dah jadi ibu kan...cepat masa berlalu..nanti masukkan anak2 sumer kat MRSM PDRM terchenta lak eh..penyambung generasi,...heheheh

32 comments:

Azuan said...

Selamat hari ibu buat ibu-ibu sekalian...
Aku rasa memang mesti ramai geng perintis maktab yang nak anak2 diorang sambung legacy kat maktab. Tapi masalahnya kita ni berapa kerat je yg jadi polis, so kita ada masalah sikitla kalau kita nak anak2 kita pun jadi MRSM PDRMian ni.
Mungkin benda ni kita boleh usahakan kalau kita kuatkan kita punya Ansara PDRM ataupun kita punya Persatuan Perintis (kalau ada). Macam boss lama aku, dia ex-MCKK & alumni diorang ni namanya MCOBA. Secara tradisinya memang anak2 lelaki geng MCOBA ni akan masuk MCKK pasal alumni diorang cukup kuat untuk pengaruhi intake setiap tahun. So, kalau kita pun nak, kita kena kuatkan persatuan kita supaya kita ada suara sikit.

alizamarwa said...

masalahnya grup perintis kita ni tak kuat...tak seperti junior yang aku dengar banyak kali wat reU kat maktab dan tempat2 lain...kita2 ni..hmmm....sepatutnya kita jadi contoh pada lain2 dan kita la sepatutnya yang menjadi tukang cerita pada junior2 lain terutama generasi skang ni perihal kita memula menapak kat mrsm yg takder mende apa sangat tuh...berbanding dgn sekarang yg facilities mantap..MCOBA mmg mantap..aku kat kuala kangsar ni pon salu la melihat kemantapan MCKK tu walaupun dak2 dia pon bukan mantap sgt la dr segi sahsiah sbb aku bengang kat dak2 MCKK tu sbb baru2 ni derang potong queue aku kat KFC..kebetulan lak derang nyer time outing..hampeh tul..nak jer aku sound..'ni ke dak2 MCKK?'..sabo jer la..hehehhehe....hampir nak terkeluar dah ayat2 bisa tu tp terfikir lak tu tempat public..hehehehe..kalau dak2 tu dak skol aku mmg sah2 aku sound tepet jer..heheheh

Azuan said...

Betul tu diorang memang kerek... Tapi diorang nilah yang nanti jadi pemimpin negara, businessman yang kaya2 kat Malaysia nanti pasal kabel diorang kuat.
Tentang Ansara tu, nampaknya kita x boleh buat apa pasal junior kita dah usahakan dari awal untuk tubuhkan. Diorang dah buat macam2 xkan kita nak takeover mcm tu je.
Kita plak mentang2la perintis, ego kuat. Masing2 pikir takkanla nak join persatuan pastu jadi orang bawahan junior2 kita padahal kitakan perintis, the one and only.
Solutionnya kita kena buat persatuan kita sendiri dan manage kasi jadi betul2 mantap...

jaringan penternak ayam kampung.. said...

-debab-
agaknya time kita dulu internet lum lagi cam skarang, dulu nak pi cc pun kena bayak RM7. time 1997. bebudak junior nak buat keja skolah pun carik maklumat kat internet, kat MRSM TAIPING, tak taulah kat tempat lain, bebudak leh bawak labtop dalam kelas, siap ada internet..
so cammana nak kuatkan team kita? senang je.. setahun buat sekurangnya 2 kali perjumpaan.. dari situ kekuatan n kemersaan dapat dijalin, secara taklangsung jaringan menjadi kuat, dan persatuan pun menjadi mantap, anyway tahniah n terima kasih kepada syam yg buat blog nie.. nie salah satu ahli yg berpandangan jauh..

jaringan penternak ayam kampung.. said...

-debab-
tahun 1992 tahun pendaftaran kemasukkan, masing2 dapat satu nametag besar giler pakai kat baju.. kena beratur n semua gementar masa mula masuk.. cikgu ada berapa kerat je n warden pun takde lagi, hostel sangat daif dan peralatan tak cukup. maka bulan Homesik pun bermula2 byk lah berendam air mata kerana berpisah dengan keluarga buat kali pertama... selalu baju mak basuhkan, makan mak masakkan, malam mak ajarkan kerja sekolah, ada masalah mak tolong.. tiba2 masuk skolah takde sapa nak tolong, masing2 dengan masalah sendiri, makan pun tak sebest mak masak, baju kena basuh sendiri, haru2.. dari situ lah kita dapat kawan yg akan ganti mak bapak adik beradik kita.. dari situ kita belajar cara nak teruskan hidup, yg perempuan lagi kuat pasal nak melakukan perubahan besar dari zaman kanak2 ke remaja.. perubahan bentuk badan n hormon.. aku yakin ramai yg teringan semua nie,

jaringan penternak ayam kampung.. said...

-debab-
masa aku duk termenung masa tunggu masa perperiksaan spm habis, selalu jugak aku termenung.. kemana kengkawan aku 10 tahun akan datang, aku buat apa masa tu? dah berjaya kah aku? dapatke aku jumpa balik kengkawan yg ada depan mata aku sekarang? camman agaknya rupa dorang nanti? hehehehe skang pulak aku duk pikir apa jadi apda aku 10 tahun akan datang? masa umur 40 tahun, beranak pinak ke aku? berjaya ke anak aku dalam persekolahan? bagaimana dengan ekonomi aku? siapa aku masa itu? kekadang seram jugak nak memikirkanya.. bagi aku kenagan silam bagus nak dikenangkan tapi masa depan belum pasti.. so ayuh mari kita bekerja keras untuk masa depa yg lebih baik.. aku harap ada antara kita jadi menteri atau PM nanti, manalah tau.. atau pun ada yg masuk list 10 org terkaya dalam malaysia..

alizamarwa said...

hmmm..tu la...maybe sbb ego kot..tp kita yang perintis nih leh tubuhkan grup kita sendri pa...lagi senang gerak sebenarnya sbb kita tak la ramai sgt..setakat 200 org jer..kat FB pun kalau kumpul2 dekat 50 org agaknya....tulah..aku nengok mat memang bersungguh la buatkan blog dan sebagainya...elok kita lantik mat jer jadik presiden perintis kita.heheheh..setuju???

Azuan said...

Aku setuju kalau Mat Tiara jadi leader tapi aku rasa elok kalau kita x payah wujudkan jawatan presiden pasal nanti akan jadi perebutan kuasa dan sebagainya. Nanti rosak pulak persahabatan yang dah dipupuk sejak 17 tahun lepas. Lebih baik kalau jawatan tertinggi setakat Setiausaha Agung je. Aku dengar dulu Mat siap buat draf perlembagaan lagi tapi apa cerita sekarang?

alizamarwa said...

tu kene tanya mat la nampaknya...mende ni tak leh tangguh sebenarnya sbb usia makin mengejar...before this ada reU pun mmg bagus lah cuma maybe on dat time jemputan tak meluas sgt la menyebabkan ramai yg terlepas...so hopefully akan datang nyer reU dapat diwar-warkan awai2 dan ramai leh join..

Anonymous said...

cadangan untuk reunion teramatlah bagus... masalahnya sapa yang nak mulakan dulu????

Adam Ruslan said...

^ANSARA PDRM Kulim^

Sori kalau cuba menyampuk, tapi rasanya terpanggil jugak nak berkata-kata.

Kami akan adakan AGM pemilihan Jawatankuasa baru ANSARA PDRM 24 Mei ini di Perkarangan Apartment Pantai Hill Park. Bermula jam 2 petang. Keterangan lanjut boleh hubungi Paleo (Firdaus Naim) batch 93. 019-3674126.

Kot sapa2 yang ingin menjadi wakil untuk menguatkan ANSARA PDRM, boleh datang dan kot sapa yang ingin memberi cadangan, sumbangan idea serta apa-apa juga, boleh datang.

Aku rasa, tak ada ruginya kita kuatkan ANSARA sendiri dari memikir untuk membuat pertubuhan yang lain, dalam batch sendiri mungkin boleh bergerak dengan buat grup atau kumpulan sendiri, tapi organisasi yang rasminya tetap ANSARA PDRM.

Dari dulu tertubuhnya ANSARA PDRM ini, tak ramai / hampir tiada dari batch Perintis yang turut serta. Ada la 2-3 tahun lalu 2-3 orang yang datang AGM di PWTC. Kami sendiri tak tahu pada siapa harus kami offer untuk menjemput geng-geng perintis ini dalam apa-apa aktiviti berkenaan ANSARA PDRM.

Juga, MCOBA juga tidak diterajui satu batch sahaja dari dulu sampai skarang. Jadi boleh pikir-pikirkan. Kalau komen ini menggangu gugat, sori.

Adam Ruslan batch 93.

Azuan said...

Thanks di atas komen yg bernas. Aku xde apa2 problem kalau nak join Ansara. Lagipun hubungan aku dengan Paleo dulu pun okay. Aku ada gak baca blog ko sebelum ni Adam. Ada aku baca tentang lawatan korang ke Maktab, organized activities utk super juniors kita & aku rasa macam rugi x dapat turut menyumbangkan tenaga.
Tentang AGM tu, macam short notice lah. Ada beberapa commitments yang perlu diuruskan. Tapi aku akan cuba squeeze sikit masa supaya dapat hadir. Insya-Allah.
Aku akan copy & paste ko punya info dalam forum kitorang supaya ramai yang dapat tau tentang AGM ni.
Yes, you were right about MCOBA. But at the same time, most of their batches got their own registered association or committee... So, it's nothing wrong if we want to form our own committee too.

mazni said...

anak aku ada harapan ler nak merasa MRSM PDRM ni...hehehe...maklum lah husband aku polis...

alizamarwa said...

hmm..thanks to you adam atas info yang diberikan..ok azuan..ko gitau la lain2 agar sapa2 yang boleh pegi AGM tu..join la dan hopefully ANSARA PDRM akan kuat..aku pun akan cuba spend my time gi sana .insyaALLAH...cuma jika PERINTIS ANSARA PDRM dapat ditubuhkan maybe leh meriahkan ANSARA yang ada kot....bukan apa..maybe rasa proud to be the first yg jejakkan kaki kat MRSM PDRM tu...fungsi yang sama sebenarnya cuma, keistimewaan parintis ni susah nak luahkan dengan kata2 la...kalau dibaca pengalaman kita dulu, masa mula2 menapak di MRSM PDRM yg nothing n takder senior tu...rasanya leh dibukukan citer2 kita tu..org kata, pengalaman yang dilalui tersangatlah mahalnyaa...walaupun batch 92 ngan batch 93 tak jauh beza pun tahunnya..tapi sepanjang setahun batch 92 disana tanpa senior n junior dan bilangan guru yang berapa kerat tu dan pelbagai suka duka ditempuhi..perghh..tak leh citer laa...kalau kumpul sumer perintis..agaknya sumer nak berceritaaaaa jer...ehehhehe

alizamarwa said...

anak mazni, anak dayat, anak shikin, anak hezi..ada can la...sumer tu bawah polis nyer grup...leh jadik penyambung generasi kat MRSMPDRM..sapa lagi eh??

Azuan said...

Cucu polis x leh masuk maktab gak ke? ;p

Cerita balik pasal AGM, mesti ada stipulated somewhere dalam perlembagaan Ansara PDRM yang bukan ahli xde kuasa mengundi & x blh pegang sebarang jawatan dlm persatuan. Memandangkan hampir semua drp kita x pernah mendaftar, jadi kalau kita pergi pun x lebih drp sekadar pemerhati. Aku dengar Jack pernah mendaftar. Sapa2 yang ada contact Jack, suruhla dia pergi kot2 kita boleh lobi2kan dia supaya kita boleh up-up kan nama dia sikit.

jaringan penternak ayam kampung.. said...

azong..
blog nie hang start ka mat tiara yg start? aku nak tau je..ke korang buat sama2?

Azuan said...

Mat Tiara yang buat blog ni. Aku dengan Alizamarwa dapat pangkat author kat blog ni. Kalau ko rajin mengarang & ada banyak gambar2 lama nak kongsi kat sini, bodek2la mat Tiara tu.

Adam Ruslan said...

Azong n Alizamarwa

Aku rasa ada jugak dalam 20 orang yang dari perintis yang dah hantar borang dan mendaftar menjadi ANSARA, melalui Azli Hashim kalau tak salah. Sapa-sapa yang belum mendaftar pon boleh mendaftar lagi, nak mendaftar seumur hidup pon boleh.

Bagi aku, AGM ANSARA PDRM itu formaliti. Yang penting, ada ikatan antara sesama batch, juga ikatan antara batch supaya ANSARA PDRM terus bergerak, dulu punya la jenuh nak convince ANSARA PUSAT untuk setup ANSARA PDRM, jadi tak kan bila dah ada, nak biar jadi terabai pulak. Tambah pulak, ANSARA PDRM antara yang termuda dalam semua-semua ANSARA.

Kalau batch Perintis boleh buat grup dan ada contact person untuk wakilkan korang, apa-apa info dan aktiviti senang diselaraskan dan dibuat.

Setakat ini, Gathering Inter-Batch belum betul-betul MEGA. Biasa-biasa je.

Aku juga tiada jawatan dalam ANSARA PDRM tapi sekadar membantu dari jauh.

Azuan said...

Aku ada SMS Paleo tadi, aku tanya dia Pantai Hill Park tu phase berapa pasal tempat tu ada banyak phase. Pastu dia reply Phase 2, nanti dia emel aku map tempat tu. Bila dah dapat map, aku bagi link kat korang.

Azuan said...

Paleo belum emel map lagi, tapi aku dah check kat wikimapia lokasi AGM.
http://wikimapia.org/#lat=3.1050778&lon=101.6637468&z=15&l=0&m=m&v=2
Phase 2 Pantai Hill Park kat tengah2 map tu. Sapa yg malas nak drive atau taku sesat, boleh naik Putra LRT ke stesen universiti. Boleh pilih samada nak menapak terus. Tapi Paleo kata dia akan sediakan kereta jadi runner.

jaringan penternak ayam kampung.. said...

akum.. aku raselah.. ansara ke ansana ke tak kisah sangat.. gayanya macam wujud politik dalam persatuan nie.. the best way kita kuatkan sesama kita dulu.. jumlah 200 yg mula + 100 bacth 95 kan.. dah cukup kuat tu, takyah nak ketatkan muka n memperjuang hak dan sebagainya.. yg penting bila ada reunian leh sembang2 n tanya pendapat.. lagi 10 tahun semua dah stabil anak2 pun dah besar makin rapat la hubungan kita.. dari situ kita leh adakan berbagai2 peluang perniagaan, perkongsian maklumat, bantu membantu.. just berdiri atas kaki sendiri.. nie ada blog nie pun dah cukup baik untuk permulaan.. semua leh post komen kat sini.. dulu mana ada??
nak masuk ANsara PDRM pun aku rase cam tak best je..cam org luar..

Azuan said...

Ko pernah join apa2 aktiviti Ansara ke? Aku pernah gak baca kat satu forum geng 93 dulu (dah lama dah) yang ada dlm kalangan diorang yg x suka kalau kita join pasal konon2nya ada geng batch kita yang nak rampas kuasa. X tau betul ke tidak. Tapi x baik kalau kita berprasangka buruk dulu sebelum kita tau apa yang sebetul2nya. Sebab tulah aku cadang nak pergi, jadi pemerhati je.
Cuma blm konpem betul2 dpt pegi ke x, pasal aku mungkin nak jumpa klien dpt order besar. Bukan senang nak dapat bisnes time2 gawat ni.
Dalam mana2 persatuan mesti ada politicking punya. Sebab tula aku propose kalau kita buat persatuan, kita xyah wujudkan jawatan presiden atau YDP. Setiausaha agung dah cukup pasal kita x perlukan ketua tapi manager. Dan seboleh2nya orang yg kita lantik ni kena orang yg blh bagi komitmen masa dan arif pasal akta pertubuhan. Kalau mmg ada belajar management, tu kira satu advantage.
Pembetulan: batch yang masuk tahun 95 x sampai 50 orang pasal masa tu maktab dah limitkan yg satu tingkatan maksimum 150 student je.

Azuan said...
This comment has been removed by the author.
alizamarwa said...

hmm..debab...ko kata blog ni sebagai satu permulaan yer..hmmm..kat cni pon asik2 aku, azuan, debab, shidah..ulang lik....azuan, debab, shidah, aku..dan seterusnya..ada la jap2 nama lain masuk..mat pon jarang2 ada cni...hmmm...ada blog ke, apa ker..tapi kalau masing2 wat hal masing2..sama jerrrr...tul gak kata azuan..tak yah letak jawatan pengerusi..kang tak pasal2 da lak kes2 baling kerusi ker or bersidang bawah pokok togeh(eh...dah macam kes politik lak)...hmm...tulah..lepas ni kalau wat reU lagi..utk batch perintis nih...jangan sekadar wat makan2 ngan nyembang2 je..amik inisiatif utk adakan meeting jap bagi memilih s/u agung..nak harapkan berkompol semata2 utk pilih s/u..sampai dah bercucu la perintis tu akan kekal nama perintis jer...orang2 nya dah merintis arus kehidupan dimamah usiaa jer lah..huhuhuhu

Azuan said...

Sekarang ni pun rasanya kalau nak buat database collect maklumat ex-perintis punrasanya susah nak dapat semua pasal ramai yang dah x join forum, mesti ramai yang dah tukar alamat / phone no.
Insya-Allah, kalau aku ada rezeki lebih nanti aku beli domain baru untuk perintis, lepas tu transfer semua entry dalam blog ni ngan forum kat dalam website baru tu. Aku sebenarnya baru mengexpertkan diri dgn satu web-based system baru (sebenarnya dah lama wujud & aku pun dah lama tau tp x pernah try). Bolehla aku asah skill aku sikit dekat website baru kita nanti.

alizamarwa said...

hmm..baguslah..nanti leh war2 kan kepada yang lain2...lagipun aku rasa lah rata2 kita sumer keje menggunakan komputer dan ada sambungan ke internet..cuma, yerlah..bukan hari2 pon nak cari maklumat pasal ansara pon or masuk blog ni..papun ni salah satu usaha la utk menyatukan kita2 yang rasanya makin lama makin susah nak berjumpa sbb dah ada komitmen masing2 or just wait and see..ada org gitau pasal ansara, tau la maklumat or ambik jalan untuk menyepikan diri..tu jerlah...

Azuan said...

Aku baru dapat SMS short notice dari Paleo mengatakan yang AGM Ansara PDRM yang dijadualkan pada Ahad, 24 Mei 2009 telah ditunda ke Sabtu, 30 Mei 2009 pada tempat dan waktu yang sama iaitu Phase 2, Pantal Hill Park 2.oo pm. Paleo hantar SMS ni pukul 10.49 pm tapi aku baca kul 2 pagi pasal aku tertido awal tadi.

jaringan penternak ayam kampung.. said...

tu lah nak kena ada yg terer bab internet n komputer.. kalau aku buat main game terer lah.. takpun nak carik maklumat baru pasal ayam.. hehehe tak sangka last2 aku bela ayam n ikan.. segan betul lah ngan kengkawan..

jaringan penternak ayam kampung.. said...

camana yek nak kontak balik memember kita lama2 tu??? kita pakai tagged ramai jugak yg ada kat sana ada dalam 60 org, kalau 60 org nie aktif dah cukup baik dah memang meriah siot..tapi ingat bila dah ada byk kepala byk perangai banyak hangin dia kena stanby lah.. nie jadi kat yahoo group kolej aku.. tahun pertama meriah, tahun kedua dah sampai 200 ahli dahjadi medan peperangan.. skang sepi je..

Azuan said...

Sekarang ni kalau nak kontek balik member lama, kena refer kat forum bahagian perhubungan tulah. Itu pun kalau no phone ngan alamat masih latest pasal aku tgk macam dah lama x update.

Anonymous said...

jap, aku nak menyampuk skit.. klu x silap aku, bkn skang ni org luar pun boleh masuk mrsm pdrm ke? sbb aku rasa mcm penah dgr je org bgtau kat aku yg mana2 parents x keje ngan MARA atau polis, anak diaorg dah boleh masuk mrsm pdrm.. can somebody clarify? klu ye, dat's mean dah xde seri la mrsm pdrm.. huhu..
pas tu yg pasal reU tu, aku setuju cuma klu boleh jgn la buat last minute.. at least bgtau la few months earlier, senang nak plan.. sblm reU tu, apa kata buat small AJK dulu, at least kita buat pbahagian tugas, mana yg rasa lapang, offer kan lah diri..
aku ngan shila penah suggest, klu boleh reU tu kita buat la maktab, at least feelings tu lebih skit.. pas tu, cikgu zakaria pun setuju nak tolong apa yg mampu.. klu nak, aku boleh contact pihak bn2 pga utk buat booking DSG..