Wednesday, May 27, 2009

Projek Perintis - Buku!


dear kawan-kawan yang disayangi,

AKU ADA SATU RANCANGAN!

Aku rasa semua daripada kita mempunyai memori indah/manis/pahit/masam semasa berada di MRSM PDRM sejak 1992 hingga 1996. ada memori itu mungkin tidak dapat kita ingati tetapi dingati oleh kawan-kawan kita. sebagai contohnya aku tak teringat langsung yang semasa aku berada di MRSM dulu aku suka membaling batu kepada pelajar-pelajar perempuan dan selalu mintak RM2 pada awek-awek sana. ada memori yang aku ingati dan ada memori yang kawan-kawan aku ingati.

apa kata kita bukukan memori kita? kita luahkan memori kita melalui kata-kata dan diungkapkan melalui cerita pendek (cerpen), pantun, syair, gurindam, berita dan sebagainya. contohnya seperti aku tulis dalam blog aku( Sentimental 1996 - pelempang Cikgu Nik)

aku rasa semua daripada kita merupakan menulis yang baik. cuba korang lihat forum MRSM PDRM. semua dapat menceritakan memori mereka dalam suasana yang menghiburkan.

macam mana geng? aku sanggup jadi editor. kawan aku kata, kita boleh keluarkan secara bebas atau deal sama PTS. kalau kita buat dalam 200 mukasurat kita boleh jual dengan harga RM10.00.

hasil jualan tu boleh kita kasi 'royalti' kepada sesiapa yang memberi sumbangan karya. ini bukan projek buat untung, ini projek untuk kita semua. kalau nak untung kita jual prepaid atau jual karpet.

macam mana geng? cakap banyak tak guna. less talk more rock! siapa berani kasi hantar cerita memori anda pada aku. date line bila? tahun 2010 macam mana? apa kata kita lancarkan buku kita pada 1 Januari 2012? tak silap aku kita masuk maktab 1 Januari 1992 kan?

1992 kita bertemu untuk kali pertama...2012 kita bertemu buat kali ke dua...

ps: sila kasi pandangan.

Friday, May 22, 2009

Asyik-asyik Mat Rempit... Mana Boleh!!!

Gambar ni diambik masa Form 5 bersama Mukrish a.k.a. M dan C70 ayahanda dia kat Merbuk. Kitorang bukan merempit walaupun dengan selambanya pegi pekan Merbuk x pakai helmet. Masa tu aku saja melawat dia & tido semalam kat sana. Saja jumpa member pasal dah lama tak jumpa dia sejak PMR. Asyik2 ngadap muka adik dia (Izzadiq a.k.a. I) je, tu yang membuatkan aku amik bas dari KL ke Sungai Petani (x balik Kulim terus) jumpa M kat sana. Apa yang aku ingat pada malam aku kat sana, M boleh gaduh dengan I pasal gusti WWF. M cakap WWF ni berlakon je tapi si I mati2 percaya yang WWF ni betul, gusti tanpa skrip. Akhirnya diorang mintak aku jadi undi penentu. WTF. Aku mana pernah layan gusti masa tu. Tomoi adalah gak sikit. Tulah last sekali aku jumpa M.
Back to the topic, sekarang bukak paper kan asyik cerita pasal mat rempit je. Mat rempit buat nilah, mat rempit buat tulah. Sekarang ni lak dapat gelaran baru, PENYANGAK JALANAN (ROAD THUGS). Baguslah kalau diorang ingat dengan tukar nama ni, diorang dapat hapuskan gejala mat rempit ni. Tapi janganlah sampai semua orang yang bawak motor dipanggil penyangak jalanan gak. Kasar bunyinya penyangak tu.
Selama ni pun, kalau penunggang motor yang eksiden selalu dipandang serong sebagai mat rempit sampai ada yang tergamak kata 'padan muka eksiden, siapa suruh merempit'. Tolong ya. Kalau korang check fakta, korang akan dapati yang kebanyakan yg terlibat dalam kemalangan motosikal sebenarnya penunggang berhemah. Ada faktor2 lain yang boleh menyebabkan kemalangan termasuk kecuaian pemandu kenderaan yang lebih besar. Diorang x pikir ke yang sebenarnya orang tu tengah nak pergi kerja nak bagi anak isteri rezeki yang halal ke atau entah2 orang tu naik motor sebab nak pergi solat Subuh kat masjid ke. Rasional lah sikit walaupun dah sakit hati sangat dengan mat rempit. Kalau orang tu mat rempit betul, kira padan gakla kalau diorang nak hentam. Kalau ikut aku pun, kalau boleh aku nak sula je penyangak2 jalanan yang jenis buat jenayah ni. Menyusahkan orang je.
Anyway, this is just my two cents. I rest my case...
-Retired Rider-

Sunday, May 17, 2009

Silat Cekak, Bukan Akak Pakai Cekak Ya...

Gambar-gambar ni adalah gambar ahli Silat Cekak Malaysia yang mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur sempena meraikan ulangtahun (ke-30?) persatuan di Dataran Merdeka pada Januari 1996.
Gambar ni masa kitorang mula sampai Kuala Lumpur. Terus solat Subuh kat Masjid Negara. Malamnya lak kitorang tido kat Pulapol.
Gambar ni lak bersama dengan ketua persatuan, Khalil Mahmud dgn guru pengiring Ustaz Subri yang sporting.
Yang ni posing masa raptai.Posing sebelum pertunjukan sebenar.Masa tengah pertunjukan. Orang depan tgh syok dengar ceramah & ntahapahantah, tapi kitorang dok sibuk berposing.
Lepas abis pertunjukan, posing nak tunjuk gambar kat bakal mertua.
Sebelum kitorang meninggalkan Dataran Merdeka. Masa tu dah senja dah. Aksi pailang-pailang tunjuk kerek konon...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru - Kenangan Dengan Cikgu Nik dan Cikgu Anuar


Kawan-kawan aku ada story sikit pasal kenangan di MRSM PDRM

baca disini.

Kalau ada anugerah tokoh Cemerlang aku rasa kita boleh kasi pada cikgu nik. sape setuju?

Friday, May 15, 2009

hari ibu


sempena hari ibu tahun ni...dan kebetulan aku memang dah janji ngan shahida nak turun kl...so kami amik keputusan bersama2 dengan naee pegi melawat kawan kita..mazuin ahmad yang selamat melahirkan anak sulungnya..baby gegel..nama...iskk..yg aku ingat.. apatah depan nya,____ kaisara bt hamidon...comeiii..macam mawin gak...so..utk kawan2 yang bergelar ibu..aku amik kesempatan nak wish selamat hari ibu..dulu pelajar..skang dah jadi ibu kan...cepat masa berlalu..nanti masukkan anak2 sumer kat MRSM PDRM terchenta lak eh..penyambung generasi,...heheheh

Sunday, May 3, 2009

Gambar dari Azuan aka Azong


Cerdik Pandai Maktab...


Azuan sama Khairi. Dengan cerita Khairi Doktor sekarang. Kat mana?


Apa kes Shafri posing macam Jamal Abdillah?


Hari Graduasi Maktab. Ada dia orang semua pakai baju macam ni pergi sembahyang Jumaat sekarang?



gaya lepas mandi memang ada..

Monday, April 27, 2009

kenduri kawen..


cuti sekolah nak dekat dah ni..kot ada sapa2 lak nak melangsungkan perkahwinan...tahniah diucapkan..nanti letak pic kat cni or kat fb..leh kita publish lak kat cni..hehehe...ni geng kita yang latest kot kawin...ujung tahun lepas...naee n pasangan....tahniah!!


.............bersama shahida and pasangan pengantin..naee n husband..tahniah....................

pokok yang glamer...


macam mat kata la..sapa2 tak amik pic bawah pokok ni mmg tak true la....patutnya pokok ni di jaga dengan baik.....kalau ikut usia kita start belajar dulu...dah 18 tahun dah kat ctu kan....hayat sebenar nya lama dah la...nanti sapa2 gi sana yang tak pernah bergambar bawah pokok ni...jangan lupa snap pic kat cni...

semangat kesukanan


waktu sukan dulu yang syoknya bila jadik penonton...time tu la nak jerit2 nya dan berkompol ramai2...main nya tak la sangat...hehehhe...tapi bila kata umah sukan kat mrsmpdrm dah tukar kaler tu yg aku gelihati tu..biar betui..pasai pa aku tak leh terima la umah sukan warna pink..hehehe

Saturday, April 25, 2009

Cikgu Anuar Zakaria





ok serius. kalau korang ada facebook. korang pergi cari cikgu anuar punya foto yang bertajuk "kenangan dengan students MRSM PDRM ". banyak gambar tak patut. kat sini ada dua tiga gambar yang menarik dan boleh bawak gelak ramai-ramai. aku syak cikgu anuar berjaga malam untuk scan gambar-gambar nie. kita sayang sama cikgu! viva!

jambatan bengkok nak buat kat Johor balik, Farid mesti suka sama PM yang baru...



farid masa kat uniten orang panggil dia sebastian. aku dah panik masa tu. bukan apa tahun 1998 tahun ramai orang Islam masuk gereja. lepas soal siasat aku dapati bahawa masa tu ramai terpengaruh dengan cerita cruel intentions. entah setan mana kat uniten kata muka farid macam sebastian lakonan ray philip(betul ke aku eja, tolong google untuk nama yang betul). sejak hari tu farid jual mahal dan tengok cerita tu banyak kali. ada satu kes masa musim rambut dreadlock (simpul mati)kitaorang ada ajak farid buat rambut simpul mati bersama tapi ajakan ditolak seraya berkata,

" kalau gua buat rambut dreadlock, hilang laa kesebastian gua! "

rasa nak karate ada sikit-sikit masa tu.

azuan dan hatta



diorang ni kira manusia yang tinggi kat maktab. tinggi, kurus tapi makan nasik habis satu pinggan. azuan dengar cerita kerja dengan komputer dan hatta ada gossip kata dia bawak MIG29. korang jangan main-main sama diorang berdua ni.

siapa kata tak letih berjalan dari dewan selera ke asrama? tgk tali leher azwan pun dah tahu...

Wednesday, April 22, 2009

rumah sukan



dengar cerita kat mrsm pdrm sekarang umah sukan dah tukar warna. merah pergi pink. biru pergi indigo, kuning pergi oren dan hijau tukar pada warna coklat. supaya budak tak terpegaruh dengan politik dengar ceritanya...

Tuesday, April 14, 2009

3 raya



kaum hawa 3 raya pmr 94 memang tertib tertib orangnya. kalau bergaduh diorang akan bergaduh dengan begitu sopan. kawa adam tiga raya haram susah nak tangkap gambar. masa kaum hawa 3 raya tangkap gambar ni ada jugak diorang ajak tangkap gambar sekali, tapi apa kelas tangkap gambar ramai-ramai. lebih-lebih lagi kalau ada Mcnee...mana mcnee pergi? azli hashim rasanya banyak dosa sama dia...

Monday, April 13, 2009

carta hits no 1...




lagu MRSM~
Wahai putera-puteri bangsaku

Ayuh segera menuju

Mengikut gerak langkah maju

Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi

Negara perlukan jasamu

Janganlah rasa malas lagi

Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA

Tuntut ilmu jangan jemu

Ikrar taat setia pada guru

Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya

Hari esok berjaya

Lengkapkan segala yang ada

Ke kuliah kita segera

rasa sumer orang masih ingat ngan lagu ni kan....pagi2 kene nyanyi ngan penuh semangat...alhamdulillah dah ramai yang berjaya kan..anyway thanks tu sham@ mat tiara coz benarkan aku wat laluan hormat kat blog dia....hehehe..


Monday, April 6, 2009

sape kata chenta monyet tak 'true'?



demang dan edyani



mekta dan gebang



mat due dan azimah

notakakis: apip dan ja sama peyo dan hapeedah mat ali gambar aku tak jumpa. sesapa ada boleh kasi tahu.semoga beranak cucu dan kekal sehingga ke akhir hayat. Viva!

Monday, March 30, 2009

reunion rumah balakong - Hotel Concorde, Kuala Lumpur

minggu lepas kami dan rakan-rakan kami yang pernah tinggal di rumah balakong telah membuat mini gath bertempat di concorde hotel, kuala lumpur. gath meliputi jamuan makan malam, pakej bersiar-siar di PWTC dan penginapan bermalam di hotel concorde, kuala lumpur. mini gath ni dicadangkan oleh farid tapi dia sendiri yang tak datang. mat due dan gap tak dapat hadir kerana ada komitment sama family. yang diletakkan di sini gambar terpilih. yang tak terpilih boleh tengok dalam facebook ye. sayang awak semua.



makan selagi boleh makan



hari jadi pian harun. selamat datang ke kelab tiga kupang



ajub, azam dan rijal



back to school



azam dan pakaian kerja pada jam 11 malam



farah and ajuba



gap gembira dapat makan bersama rakan-rakan lama

Sunday, March 29, 2009

dari facebook erisna....kenangan silam sungguh







notakaki: erisna memang king of gambar lama. ada sesapa lagi mahu lawan? boleh tgk yang selebihnya dalam facebook dia. sawan siak..

Sunday, March 22, 2009

memori bangku dibawah sebuah pokok di tepi longkang...



sape tak pernah lepak atau bergambar kat bawah pokok ni tak TRUE perintis...aduh klasik sungguh tempat nie.

notakakis: ok aku try ingat. happedah ali, syikin musa, azila dan ehem-ehem(tak ingat nama...)